GERD

Gelisah. Tekak rasa penuh dan sukar nak telan. Perut rasa panas. Sentiasa sendawa dan angin. Ingatkan lepas makan nasi tadi akan hilang gejala ini. Malam ini kalau tak hilang juga mesti sukar nak tidur malam.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Ini adalah gejala GERD(reflux asid perut). Orang badan berisi dan mengandung selalu terkena. Yang suka makan lewat malam pun sama.
Yang sudah biasa, ubat gastrik reflux memang ada di dalam peti ais. Namun ada juga yang tidak menyediakan stok sendiri. Nak pergi beli ubat gastrik pula kedai jauh dan dah tutup malam- malam ini. Macam mana nak cegah dan atasinya?
 
Ubahlah diet anda.
Kami senaraikan beberapa makanan yang membantu dalam mengatasi masalah GERD anda. Simpan gambar ini. Jadikan rutin dalam makanan anda selepas ini.
1) dada ayam - kalau boleh panggang
2) air putih - air gula tak bagus untuk GERD
3) Teh halia. Minum kopi dan teh lain banyak caffien. Tak bagus untuk GERD
4) Tembikai - buah yang kurang berasid dan penuh dengan air. Ini bagus untuk mengurangkan tahap asid di dalam perut. Jangan gatal makan oren. ☺️
5) nasi perang- nasi yang lebih lama untuk dicerna. Bagus untuk GERD.
6) oat- sarapan yang bagus. Penuh perut dan tahan lama
7) kentang - panggang atau bakar. Jangan goreng dengan bawang tau. Boleh menyebabkan lagi teruk gastrik
8. minyak zaitun. Makanan berminyak akan buat gerd semakin teruk. Tapi kalau nak yang lebih lembut, cuba masak menggunakan minyak zaitun
9) sayur salad. Sangat baik. Kurang angin.
 
Semoga apa yang kami senaraikan membantu anda dalam menangani masalah GERD. Namun jika ianya masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor. ☺️