FUNCTION
Provide primary care treatment services to all patient that come to university health centre.
Cater medical treatment and follow up for chronic diseases such as diabetic and hypertension.
Give advice,counseling and make referrel to goverment and private hospital for case that need further treatment or specialist.
Ensure the supply medications are the best in term of safety, quality and efficacy.
Maintain the proper supply (screening, filling,checking and dispensing) of medication to patient by obey the 5B principle.
Ordering, receiving and maintaining medication stock at proper level in order to avoid loss or zero stock.
Check and maintain the condusive condition of the main store,sub-store and fridge to be able to keep all medications.
Educate and counseling patient on proper and correct use of device.
Receive and process "Sara Ubat" form from entitled patient.
Prepare and Supply First Aid as per requested.
Help in preparing medication inside the "Klinik Bergerak" and Emergency Department.
Provide continous education to all patients.
Provide dental services professionally to patient.
Prevent and control spread of infectious disease inside the campus.
Supervise dan improve the food quality and safety serve inside the campus to prevent foodborne illness.
Do activity involve preventing and controling the spreading of vector borne disease inside the campus.
Conduct activity regarding health promotion towards all staff, student and all related group of community .
Provide an excellent and effective services with quality.
Shorten the length of detected disease to allow for correct and fast treatment management.
Develop MDUUM diagnostic services in line with the university's vision.
Provide services equivalent with governement and private hospital.
Responsible in managing all issues regarding general administration, human resources, physical development of PKUUUM,acitivty and program at university or central level.
Handle cases that need urgent treatment and observation by medical officer.
Provide treatment that involve minor surgisy such as circumsision.
Give diagnostic and treatment services to patient
Provide quality, safety and efficient services to patient
Minimize the radiation received by patient by following As Low As Reasonable Achiavable (ALARA) principle.
Increase the quality and broden the diagnostic MDUUM service in line with university vision.
Help medical officer on doing treatment for patient
Ensure treatment room and ward in good condition and ready to use when needed.
Treat patient who require temperary observation.
Provide antenatal checking periodically to pregnant women including blood test, urine and ultrasound.
TATACARA
PERMOHONAN PETI RAWATAN KECEMASAN ( FIRST AID BOX )
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TUJUAN : Untuk membekalkan peti rawatan kecemasan kepada setiap unit dan jabatan yang memerlukan di Universiti Utara Malaysia.
SKOP : Meliputi prosedur perimaan surat permohanan bekalan peti rawatan kecemasan sehingga proses penyerahan bekala
JENIS PERMOHONAN
- Potongan vot jabatan
- Bayaran tunai
POTONGAN VOT JABATAN
1.1 Terima surat permohonan
Setiap jabatan/unit yang memohon perlu menghantar satu surat permohonan kepada Pengarah PKU untuk kelulusan pemotongan vot.
1.1 Penyediaan bekalan
Unit farmasi akan menyediakan bekalan berdasarkan surat permohonan yang telah diluluskan
1.1 Penyerahan bekalan
Jabatan/unit yang memohon mengambil bekalan yang telah disediakan di Unit Farmasi PKU
1.1 Potongan vot
Resit bayaran dan surat permohonan asal dikepilkan bersama oleh staf farmasi dan diserahkan kepada pembantu tadbir untuk proses tuntutan vot.
BAYARAN TUNAI
- Pendaftaran
Pemohon didartarkan menggunakan system Medcare di kaunter pendaftaran PKU
- Borang pembekalan peti rawatan kecemasan
Pemohon mengisi borang permohonan bekalan di unit farmasi mengikut keperluan dan jumlah yang diperlukan.
- Bayaran
Pemohon melakukan bayaran di kaunter bayaran PKU
- Penyediaan dan penyerahan
Unit farmasi menyediakan bekalan seperti yang dipohon dan menyerahkan bekalan kepada pemohon.
TATACARA
PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN X-RAY
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TUJUAN : Untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan X-ray yang berkualiti dengan professional, mesra, cepat, tepat dan berkesan tanpa meminggirkan kualiti imej X-ray yang dihasilkan dan aspek-aspek perlindungan radiasi.
SKOP : Meliputi proses membuat pendaftaran, pemeriksaan, pemprosesan dan penyerahan filem/Compact Disc (CD) X-ray bagi semua kategori pesakit iaitu pelajar, staf, tanggungan dan orang awam.
- Menerima dan Mendaftar Pesakit
- Borang disemak untuk memastikan borang diisi dengan lengkap dan jelas.
- Borang yang tidak lengkap dikembalikan dan dilengkapkan.
- Maklumat pesakit direkodkan ke dalam Sistem RIS (Radiology Information System).
- Borang X-ray dicop dan bahagian bayaran diisi mengikut caj yang dikenakan.
- Sampul X-ray disediakan mengikut keperluan.
- Persediaan Pesakit
- Pesakit dipanggil masuk ke dalam Bilik Pemeriksaan X-ray.
- Sekiranya pemeriksaan adalah bahagian yang memerlukan pesakit menukar pakaian, pesakit diminta berbuat demikian dengan menggunakan pakaian yang disediakan.
- Pesakit diarahkan untuk menanggalkan semua barang radiopaquepada bahagian anggota badan yang akan dibuat dedahan X-ray.
- Mengimbas Imaging Plate (IP) Cassette
- Saiz Imaging Plate(IP) Cassetteyang bersesuaian dengan bahagian badan yang akan dibuat pemeriksaan X-ray dipilih.
- Membuat carian nama pesakit di Computed Radiography (CR) System.
- Menu yang bersesuaian dengan bahagian pemeriksaan X-ray yang ingin dibuat dipilih.
- Imaging Plate (IP) Cassettediimbas dengan menggunakan Barcode Scanner.
- Pemeriksaan X-ray
- Imaging Plate (IP) Cassette diletakkan pada bahagian yang bersesuaian.
- Anggota badan pesakit diposisikan mengikut keperluan pemeriksaan.
- Alat perlindungan radiasi dipakaikan kepada pesakit mengikut keperluan pemeriksaan.
- Kawasan dedahan X-ray dikolimasikan.
- Penanda anatomi diletakkan pada kawasan dedahan X-ray.
- Faktor dedahan dipilih dan diubah mengikut keperluan.
- Pesakit diarahkan supaya tidak bergerak. Fasa pernafasan iaitu menarik nafas atau membuang nafas diarahkan kepada pesakit jika perlu.
- Dedahan X-ray dilakukan.
- Setelah selesai, pesakit diarahkan menukar pakaian dan menunggu di luar Bilik X-ray sementara imej X-ray diproses secara digital.
- Pemprosesan imej X-ray
- Imaging Plate (IP) Cassette dimasukkan ke dalam Image Readeruntuk pemprosesan imej secara digital.
- Penilaian Imej X-ray
- Imej X-ray yang terhasil dapat dilihat melalui monitor pada Cr Consoledan dinilai berpandukan Manual Penilaian Kualiti Filem/Imej X-ray.
- Imej yang masih tidak memenuhi spesifikasi walaupun setelah dibuat pembetulan secara digital perlu dibuat dedahan ulangan.
- Pesakit dipanggil semula untuk dibuat dedahan ulangan.
- Imej yang memenuhi spesifikasi akan dihantar secara dalam talian ke System Web PACSuntuk diakses terus oleh Pegawai Perubatan atau Pegawai Pergigian.
- Imej dicetak menggunakan Dry Laser Printeratau disalin ke dalam Compact Disc (CD) bergantung kepada keperluan.
- Mendispen Keputusan X-ray
7.1 Filem X-ray atau Compact Disc (CD) imej X-ray, salinan asal Borang Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik diserahkan kepada pesakit atau staf yang mengiringi pesakit.
7.2 Pesakit diarahkan untuk berjumpa dengan Pegawai Perubatan atau Pegawai
Pergigian semula.
TERMINOLOGI
- Anatomi
Kajian Sains berkaitan struktur tubuh manusia.
- Barcode Scanner
Alat pengimbas barcode pada Imaging Plate (IP) Cassette bagi tujuan identifikasi pesakit.
- Compact Disc (CD)
Merupakan optical disc yang digunakan untuk menyimpan imej X-ray secara digital. Imej tersebut dapat diakses dengan menggunakan mana-mana komputer yang mengandungi perisian Internet Explorer dengan menggunakan format atau protokol yang ditentukan.
- Computed Radiography (CR) System
Sistem pengimejan perubatan yang menggunakan teknologi digital dan komputer sepenuhnya untuk memproses, menyimpan, mengakses dan melihat imej X-ray. Modaliti yang digunakan adalah berorientasikan paperless, filmless dan mesra alam.
- CR Console
Berfungsi menerima data dan identifikasi pesakit yang dikey-in masuk serta menerima imej X-ray sebenar yang telah diproses daripada Image Reader. Imej tersebut boleh dibuat pembetulan dan ubahan berdasarkan kualiti dan piawaian yang ditetapkan. Ia juga berperanan menghantar imej ke sistem WEB PACS untuk diakses terus secara dalam talian. Selain itu, ia juga digunakan untuk menyalin imej X-ray ke dalam Compact Disc (CD) dan juga menjadi arkib sekunder bagi penyimpanan imej-imej tersebut.
- Dry Laser Printer
Modaliti yang berperanan mencetak imej X-ray secara digital dan menggunakan teknologi laser serta mesra alam.
- Imaging Plate (IP) Cassette
Peralatan X-ray yang diperbuat daripada plastik dan grafit yang kalis cahaya. Mempunyai pelbagai saiz untuk menghasilkan imej pendam setelah dibuat dedahan X-ray.
- Image Reader
Merupakan komponen di dalam CR System yang berfungsi memproses imej pendam yang telah direkodkan di dalam Imaging plate (IP) Cassette.
- Juru X-ray
Seorang personel yang mempunyai kelayakan di dalam bidang Radiography Diagnostic dan bertanggungjawab secara legal membuat pemeriksaan X-ray dengan menggunakan peralatan pengimejan perubatan seperti mesin X-ray konvensional, fluoroscopy, Computed Tomography (CT) Scan, Magnetic Resonance Imaging (MRI), Angiography, Gamma Camera dan lain-lain bagi menghasilkan imej yang berkualiti serta memenuhi piawaian untuk dibuat interpretasi oleh Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian bagi membantu perawatan pesakit.
- Penanda anatomi
Merupakan karakter huruf sama ada “R” (Right) atau “L” (Left) yang diperbuat daripada plumbum atau bahan radiopaque lain yang imejnya dapat dilihat di dalam imej/filem X-ray. Ianya digunakan sebagai penanda kawasan anggota tubuh pesakit sama ada “R” (Right) atau “L” (Left).
- Radiasi
Proses berkaitan partikel atau gelombang yang mempunyai tenaga dan bergerak melalui jirim atau ruang. Ia juga dikaitkan dengan radiasi yang dihasilkan oleh sinar- X , sinar Alpha, sinar Beta, sinar Gamma dan sebagainya.
- Radiopaque
Bahan yang berkeupayaan menyerap sinar-X dan menyebabkan imejnya kelihatan di dalam imej/filem X-ray.
- WEB PACS (Picture Archiving and Communication System)
Satu modaliti berkomputer dalam sistem pengimejan perubatan yang berfungsi memproses, menghantar, mengakses dan menyimpan semua data serta imej X-ray pesakit secara digital. Data dan imej X-ray dapat diakses secara dalam talian tanpa mengambil masa yang lama.
- X-ray/Sinar X
Gelombang elektromagnet yang terhasil akibat pecutan elektron daripada katod ke anod dan berkeupayaan menembusi jirim. Sinar- X adalah dihasilkan daripada mesin X-ray yang direka khas dengan spesifikasi tertentu.
TATACARA
PERKHIDMATAN RAWATAN KECEMASAN
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TUJUAN : Untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan kecemasan di Unit kecemasan, Pusat
Kesihatan Universiti secara profesional dan cekap.
SKOP : Meliputi prosedur pendaftaran sehingga pesakit diberi rawatan bagi kategori kecemasan mengikut waktu operasi
WAKTU OPERASI |
1. WAKTU PEJABAT (0800-1700) |
2. SELEPAS WAKTU PEJABAT (1700 – 2300) |
3. WAKTU ON CALL (2300-0800) |
- WAKTU PEJABAT
- Terima Dokumen Pengenalan Diri
- Pesakit mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada staf yang bertugas seperti :
- Kad Pintar/Kad Pengenalan (bagi pelajar dan staf)
- Kad Pengenalan (Orang Awam)
- Sijil Lahir/Mykid (bagi kanak-kanak warganegara di bawah umur 12 tahun)
- Passport (bagi ahli keluarga pelajar antarabangsa)
- Pendaftaran
- Pesakit didaftarkan menggunakan Sistem Medcare/ Sistem Climas
- Pemulangan Dokumen Pengenalan Diri
- Dokumen pengenalan diri pesakit dikembalikan dan pesakit diminta masuk ke dalam bilik rawatan mengikut keterukan pesakit
- Pemeriksaan / Rawatan Pesakit
- Penolong Pegawai Perubatan melakukan pemeriksaan
- Pesakit dirujuk kepada Pegawai perubatan
- Melakukan ujian makmal/x-ray jika perlu
- Pegawai Perubatan mendiagnosis penyakit
- Pesakit diberi rawatan/dirujuk ke hospital
- Merekod Maklumat Rawatan
- Maklumat rawatan direkod didalam Sistem Clinicare/Sistem climas oleh Pegawai Perubatan
- Urusan Bayaran
- Bayaran dikenakan kepada pesakit kategori tertentu mengikut caj rawatan yang diberikan
- SELEPAS WAKTU PEJABAT (1700-2300)
- Terima Dokumen Pengenalan Diri
- Pesakit mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada staf yang bertugas seperti :
- Kad Pintar/Kad Pengenalan (bagi pelajar dan staf)
- Kad Pengenalan (Orang Awam)
- Sijil Lahir/Mykid (bagi kanak-kanak warganegara di bawah umur 12 tahun)
- Passport (bagi ahli keluarga pelajar antarabangsa)
- Pendaftaran
- Pesakit didaftarkan menggunakan Sistem Medcare/ Sistem Climas
- Pemulangan Dokumen Pengenalan Diri
- Dokumen pengenalan diri pesakit dikembalikan dan pesakit diminta masuk ke dalam bilik rawatan mengikut keterukan pesakit
- Pemeriksaan / Rawatan Pesakit
- Penolong Pegawai Perubatan melakukan pemeriksaan
- Pesakit dirujuk kepada Pegawai perubatan on call jika perlu
- Mendiagnosis penyakit
- Pesakit diberi rawatan
- Penolong Pegawai Perubatan menghubungi pemandu sekiranya kes/pesakit perlu dirujuk ke hospital
- Merekod Maklumat Rawatan
- Maklumat rawatan direkod didalam Sistem Clinicare/Sistem climas oleh Penolong Pegawai Perubatan
- Urusan Bayaran
- Bayaran dikenakan kepada pesakit kategori tertentu mengikut caj rawatan yang diberikan
- WAKTU ON CALL(2300-0800)
- Hubungi Pengetua/Felo
- Pelajar yang sakit perlu menghubungi pengetua/felo
- Terima Panggilan
- Pengetua/felo menghubungi talian hotlinePusat kesihatan Universiti (013-5930028)
- Penolong Pegawai Perubatan akan datang ke klinik memberi rawatan
- Terima Dokumen Pengenalan Diri
- Pesakit mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada staf yang bertugas seperti :
- Kad Pintar/Kad Pengenalan (bagi pelajar dan staf)
- Kad Pengenalan (Orang Awam)
- Sijil Lahir/Mykid (bagi kanak-kanak warganegara di bawah umur 12 tahun)
- Passport (bagi ahli keluarga pelajar antarabangsa)
- Pendaftaran
- Pesakit didaftarkan menggunakan Sistem Medcare/ Sistem Climas
- Pemulangan Dokumen Pengenalan Diri
- Dokumen pengenalan diri pesakit dikembalikan dan pesakit diminta masuk ke dalam bilik rawatan mengikut keterukan pesakit
- Pemeriksaan / Rawatan Pesakit
- Penolong Pegawai Perubatan melakukan pemeriksaan
- Pesakit dirujuk kepada Pegawai perubatan on calljika perlu
- Mendiagnosis penyakit
- Pesakit diberi rawatan
- Penolong Pegawai Perubatan menghubungi pemandu sekiranya kes/pesakit perlu dirujuk ke hospital
- Merekod Maklumat Rawatan
- Maklumat rawatan direkod didalam Sistem Clinicare/Sistem climas oleh Penolong Pegawai Perubatan
- Urusan Bayaran
- Bayaran dikenakan kepada pesakit kategori tertentu mengikut caj rawatan yang diberikan
TATACARA
PERKHIDMATAN RAWATAN PERGIGIAN
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TUJUAN : Untuk memberikan perkhidmatan pergigian di Pusat Kesihatan Universiti kepada pesakit secara profesional, cekap dan lancar.
SKOP : Meliputi prosedur pendaftaran sehingga pesakit diberi rawatan bagi semua kategori pesakit.
JENIS RAWATAN |
|
RAWATAN BIASA |
RAWATAN SEGERA |
1. Tampalan |
1. Sakit gigi |
2. Cucian (‘Scaling’) |
2. Bengkak/Nanah |
3. Cabutan |
|
- Terima Dokumen Pengenalan Diri
Pesakit mengemukakan dokumen pengenalan diri di kaunter Pendaftaran Pergigian seperti :
- Kad Pintar/Kad Pengenalan (bagi pelajar dan staf)
- Kad Pengenalan (Orang Awam)
- Sijil Lahir/MyKid (bagi kanak-kanak warganegara di bawah umur 12 tahun)
- Pasport (bagi ahli keluarga pelajar antarabangsa / staf antarabangsa)
- Pendaftaran
Pesakit didaftarkan menggunakan Sistem Medcare.
- Pemulangan Dokumen Pengenalan Diri
Dokumen pengenalan diri pesakit dikembalikan dan pesakit diminta bersabar menunggu
sehingga giliran dipanggil.
- Pemeriksaan / Rawatan Pesakit
4.1 Pesakit dipanggil ke bilik rawatan mengikut giliran di dalam Sistem Clinicare
Pegawai Pergigian. Pesakit yang memerlukan rawatan segera diberi keutamaan.
4.2 Pesakit diminta untuk duduk di atas kerusi pergigian dan dipakaikan bib. Rawatan
diberikan kepada pesakit mengikut keperluan.
4.3 Bagi kes yang memerlukan penyiasatan lanjut / rawatan kompleks, pesakit akan dirujuk ke hospital / Klinik Pergigian Pakar yang berkenaan.
- Merekod Maklumat Rawatan
Maklumat rawatan pesakit direkodkan di dalam Sistem Clinicare oleh Pegawai Pergigian.
- Urusan Bayaran
Bayaran dikenakan kepada pesakit kategori tertentu mengikut caj rawatan yang
diberikan.
TERMINOLOGI
|
|
Tampalan |
· Rawatan pergigian bertujuan untuk merawat gigi yang berlubang bagi mengembalikan fungsi gigi secara optima.
|
Cucian (‘Scaling’) |
· Rawatan pergigian bertujuan untuk membuang karang gigi bagi mengembalikan gusi yang sihat.
|
Bengkak / Nanah |
· Keadaan gusi / kawasan muka yang bengkak disebabkan jangkitan kuman daripada gigi yang berlubang atau punca-punca lain.
|
Rawatan Kompleks
|
· Rawatan pergigian yang dilakukan oleh pakar pergigian atau rawatan perlu dilakukan di bawah pengawasan pakar pergigian. Contoh : Pembedahan Kecil Mulut (MOS) dll. · Rawatan pergigian yang memerlukan peralatan pergigian khas dan temujanji berulang / rawatan susulan. Contoh : Rawatan Kanal Akar (Endodontik), Korona, Jambatan dll. · Rawatan pergigian yang memerlukan siasatan lanjutan oleh pakar pergigian atau multidisiplin. Contoh : Kanser Mulut dll. |
TATACARA
PERKHIDMATAN RAWATAN UNIT PESAKIT LUAR
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TUJUAN : Untuk memberikan perkhidmatan perawatan di Unit OPD dan kejururawatan di Pusat Kesihatan Universiti kepada pesakit secara profesional, cekap dan lancar.
SKOP : Meliputi prosedur pendaftaran sehingga pesakit diberi rawatan bagi semua kategori pesakit.
JENIS RAWATAN |
|
RAWATAN BIASA |
RAWATAN DI WAD |
1. Pengambilan ‘sample’ darah |
Demam tinggi |
2. Cucian luka |
Muntah yang teruk |
3. Pemeriksaan ECG |
Cirit-birit yang teruk |
4. Nebulizer |
Tekanan darah yang terlalu tinggi |
5. STO (membuka benang jahitan) |
Sakit kepala / abdomen kuat |
6. Pemeriksaan kesihatan |
|
7. Profile Kesihatan |
|
8. Rawatan suntikan |
|
9. Suntikan Vaksin (Influanza dan Tyhpim) berbayar |
|
- Terima Dokumen Pengenalan Diri
Pesakit mengemukakan dokumen pengenalan diri di kaunter Pendaftaran OPD seperti :
- Kad Pintar/Kad Pengenalan (bagi pelajar dan staf)
- Kad Pengenalan (Orang Awam)
-
- Sijil Lahir/MyKid (bagi kanak-kanak warganegara di bawah umur 12 tahun)
- Pasport (bagi ahli keluarga pelajar antarabangsa / staf antarabangsa)
- Pendaftaran
Pesakit didaftarkan menggunakan Sistem Medcare.
- Pemulangan Dokumen Pengenalan Diri
Dokumen pengenalan diri pesakit dikembalikan dan pesakit diminta bersabar menunggu
sehingga giliran dipanggil.
- Pemeriksaan / Rawatan Pesakit
4.1 Pesakit dipanggil ke bilik Pegawai Perubatan mengikut giliran di dalam Sistem
Clinicare. Pesakit yang memerlukan rawatan segera diberi keutamaan.
4.2 Rawatan diberikan kepada pesakit mengikut aduan dan jenis penyakit.
4.3 Bagi kes yang memerlukan penyiasatan lanjut (pengambilan darah /suntikan/kemasukan ke wad pesakit akan diarahkan ke Bilik Rawatan. Pesakit akan mendapat bekalan ubat dari Unit Farmasi melalui Sistem Clinic Care.
4.4 Pesakit yang tidak menunjuk tanda sembuh akan dirujuk ke hospital berdekatan untuk mendapat rawatan lanjut.
- Merekod Maklumat Rawatan
Maklumat rawatan pesakit direkodkan di dalam Sistem Clinicare oleh Pegawai Perubatan.
- Urusan Bayaran
Bayaran dikenakan kepada pesakit kategori tertentu mengikut caj rawatan yang
diberikan.
TERMINOLOGI
|
|
ECG |
Pemeriksaan fungsi jantung menggunakan mesin ECG.
|
NEBULZER |
Rawatan sedutan gas menggunakan mesin untuk pesakit asthma.
|
STO
PROFILE KESIHATAN
PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR BARU |
Membuang benang jahitan pada luka.
Dilakukan setahun sekali untuk kakitangan UUM yang berumur 40tahun keatas secara percuma, manakala untuk kakitangan bawah 40 tahun / pelajar /tanggungan /awam perlu membuat bayaran. Dilakukan pada pelajar dan kakitangan UUM ijazah/sarjana/Phd tempatan dan antarabangsa dan juga orang awam secara berbayar. |