Aligner Gigi:Palsu!

gigi
 
 
Stressnya saya. Gigi saya sudah goyang. Gusi saya pula bermasalah. Doktor Pakar kata gigi saya sudah tidak boleh selamatkan lagi. Ini semua kerana Aligner palsu yang dijual online.😭
Saban hari ramai yang mempromosi dan menjual "fake Aligner" ini. Ada juga sebilangan influencer media sosial mempromosikan alat yang merbahaya ini kepada orang awam. Alatan ini murah. Rm10. Dijanjikan gigi anda akan cantik rata dan senyuman anda akan menjadi lebih manis.
Hati-hati bila membeli barangan rawatan pergigian di laman web. Jangan terpedaya dengan "fake review" dan iklan berbayar tersebut.
Tahukah anda penggunaan alat ini boleh menyebabkan masalah kesihatan gigi anda.
- Tiada satu aligner sesuai untuk semua orang. Aligner yang dibuat di klinik Pergigian dipadankan dengan pesakit.
- Jika anda mempunyai masalah gusi, ianya akan menyebabkan gusi anda semakin teruk dan Gigi akan goyang untuk jangka panjang.
-Aligner yang tidak padan akan menyebabkan iritasi dan ulcer pada mukosa mulut
-Bahan yang tidak diketahui pada aligner palsu boleh menyebabkan reaksi alergik seperti bibir bengkak.
Keadaan gigi jarang, tidak tersusun dan sebagainya memerlukan rawatan doktor gigi yang bertauliah. Jika ianya dijual oleh bukan doktor gigi, ianya adalah palsu. Mahupun di Klinik Pergigian ada aligner yang diberikan kepada pesakit, ianya dibuat dan dibentukkan khas untuk pesakit tersebut oleh pakar pergigian.
Ingatlah, jangan kerana harga RM10 yang murah, nak cantik, anda kehilangan gigi anda yang ingin digunakan sepanjang hayat. Semoga bermanfaat.