Maklumat terkini Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2.
Tarikh bermula fasa ini pada 19 April bagi negeri Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan WP Labuan. Negeri-negeri lain akan bermula empat hari kemudian.
Kumpulan sasaran iaitu warga emas, OKU dan pesakit penyakit kronik yang telah mendaftar vaksin telah mula menerima notifikasi tarikh janjitemu menerusi MySejahtera bermula, 5 April.
Notifikasi akan dihantar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh janjitemu.
Peringatan menerusi SMS dan panggilan telefon akan dibuat tiga hari sebelum dan sehari sebelum tarikh janjitemu.
Mereka yang telah menyatakan setuju dengan tarikh janjitemu yang diberikan, diwajibkan hadir bagi mengelak pembaziran vaksin yang telah dikeluarkan dari tempat simpanan.
Pecahan jumlah pendaftaran Fasa 2 setakat 4 April.
Warga emas: 1,229,855
OKU berdaftar: 115,249
Individu dengan komorbiditi: 1,741,935