**Program Santai Inspirasi**
Studio HEPA, 25 April 2024 – Satu program perkongsian Santai Inspirasi bertajuk “Minda Sihat, Kehidupan Bahagia: Rahsia Kesihatan Mental” telah diadakan secara langsung di Studio Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Universiti Utara Malaysia untuk tontonan seluruh warga UUM. Program ini berlangsung selama satu jam dan dikendalikan oleh pengacara Studio HEPA bersama seorang pegawai psikologi dari Pusat Kesihatan & Kesejahteraan Universiti UUM sebagai tetamu jemputan.
Perkongsian ini merangkumi pelbagai aspek mengenai kesedaran awal terhadap kesihatan mental secara holistik dalam kalangan warga UUM. Antara topik yang dibincangkan adalah perbezaan antara kesihatan mental dan penyakit mental, simptom dan tanda stress, cara-cara menguruskan stress, serta cara mendapatkan bantuan awal bagi perkhidmatan kesihatan mental. Sesi perkongsian ini mendapat sambutan yang baik melalui platform Webex dan juga siaran langsung di Facebook, dengan majoriti penonton terdiri daripada warga UUM. Diharapkan agar penonton memperoleh manfaat dan berusaha untuk mempraktikkan isu-isu yang dibincangkan mengenai kesihatan mental.