All News

Manisnya Gula... Maniskah Kehidupan

UUM, 16 Mei 2024 – Diabetes atau kencing manis merupakan salah satu penyakit yang menyumbang kepada kematian yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia. Menyedari kepentingan ini, Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menjemput Dr. Nurul Asiah Binti Abd Shukor, Pegawai Perubatan PKKUUUM untuk memberikan ceramah yang bertajuk Manisnya Gula..Maniskah Kehidupan?. Ceramah ini diadakan secara atas talian pada 16 Mei 2024.

Kencing manis ialah satu keadaan di mana paras gula di dalam darah adalah atas daripada paras normal. Terdapat dua jenis gula iaitu gula semula jadi dan gula tambahan. Contoh gula semula jadi adalah gula yang terdapat di dalam nasi, buah-buahan dan sebagainya. Manakala contoh gula tambahan adalah gula pasir, madu dan sebagainya. Selain daripada penerangan mengenai kencing manis dan gula, Dr. Nurul Asiah juga berkongsi mengenai keburukan gula dan langkah-langkah untuk mengurangkan gula dalam kehidupan seharian.

Dengan perkongsian ini, diharapkan para penonton dapat menilai kebaikan dan keburukan gula dalam kehidupan seharian dan mengambil inisiatif yang sepatutnya dalam mengurangkan gula dan seterusnya dapat menghindar daripada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gula berlebihan di dalam badan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua penonton dan diharapkan ceramah kesedaran seperti ini dapat diadakan lagi di masa hadapan.

12.jpg

13.jpg