PKKUUUM, 2 April – Jawatankuasa 4k (Kelab, Kesukanan, Kebajikan dan Kebudayaan) telah menganjurkan satu program Kacau Bubur Lambuk 2024 pada 2 April 2024 yang bertempat di perkarangan Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti, Universiti Utara Malaysia (PKKUUUM). Program ini sudah menjadi amalan tahunan pada setiap Ramadhan di PKKUUUM.
Program ini melibatkan 60 orang staf-staf PKKUUUM yang berganding bahu dan bekerjasama daripada mula proses penyediaan bubur lambuk sehingga selesai. Sambutan dan kerjasama dari kalangan staf-staf adalah amat menggalakkan.
Tambahan pula, inisiatif program ini adalah untuk meraikan bulan Ramadhan yang mulia, mengeratkan silaturrahim antara staf dan juga berkongsi rezeki bubur lambuk dengan masyarakat setempat.
Pada tahun ini, sebanyak dua periuk bubur lambuk berjaya dimasak dan sebanyak 200 bungkus bubur lambuk berjaya dibungkus. Selain diagihkan kepada staf-staf PKKUUUM dan komuniti UUM yang lain, sebanyak 50 bungkus bubur lambuk juga diagihkan kepada pelajar-pelajar Maahad Syeikh Tajuddin Al-Jarumi.
Semoga program ini dapat mencapai objektifnya dan dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.