Sintok, 09 Mei 2023, Sesi Kursus Training of Trainers (TOT) yang dihadiri oleh ahli EXCO Kelab Program Siswa Sihat (PROSIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah selesai dilaksanakan di Bilik Mesyuarat SAC, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok. Kursus ini dihadiri secara fizikal oleh pelajar-pelajar dan staf Universiti Utara Malaysia (UUM).
Kursus Training of Trainers (TOT) ini dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan siswa/siswi yang membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian. Kursus ini dilaksanakan bagi membentuk kemahiran siswa/siswi dalam mengamalkan gaya hidup sihat berteraskan lima (5) komponen gaya hidup sihat iaitu dengan melakukan aktiviti fizikal, mengamalkan pemakanan yang sihat, pupuk minda sihat, jauhi amalan merokok dan jauhi alkohol.
Kelab PROSIS UUM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menganjurkan kursus yang memberi banyak manfaat kepada siswa/siswi.