PKUUUM ONLINE: Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia (PKUUUM) telah melihat kepada peningkatan kes kesihatan mental di kalangan pelajar dan staf UUM pada ketika ini dan menurut statistik kebangsaan, 20% penduduk Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Oleh itu, PKUUUM bercadang untuk meluaskan pengetahuan staf PKUUUM dalam bidang psikologi iaitu bagaimana mendepani dan menangani masalah tekanan mental yang semakin serius.
PKUUUM telah bekerjasama dengan Unit Latihan, Jabatan Pendaftar UUM bersama Malaysia Mental Health Association (MMHA) dalam pelaksanaan kursus Mental Health First Aid ini. Tujuan kursus adalah mengajar peserta bagaimana cara memberi bantuan kepada seseorang yang mengalami masalah kesihatan mental, mengalami masalah kesihatan mental yang semakin teruk atau dalam krisis kesihatan mental.
Seramai 10 peserta telah menjalani kursus selama empat (4) hari secara atas talian pada 14,15,21 dan 22 Julai 2023. Di akhir kursus, peserta telah menduduki ujian penilaian dan layak mendapat sijil akreditasi Pertolongan Cemas Kesihatan Mental (Mental Health First Aid). Sijil tersebut sah laku dalam tempoh tiga (3) tahun dan peserta akan diiktiraf sebagai Pemberi Pertolongan Cemas Kesihatan Mental yang bertauliah (Certified of Mental Health First Aider).
Sekian.
Berita penuh, layari https://uumtoday.com/news/staf-uum-terima-sijil-akreditasi-pertolongan-cemas-kesihatan-mental/