Santai Inspirasi Musim ke 3 : Kesihatan Mental, Kongsi atau Pendam.
Pada 15 Jun 2023, bersamaan hari Khamis, satu wacana yang bertajuk Kesihatan Mental: Kongsi atau Pendam telah diadakan secara dalam talian Webex kepada seluruh staff dan pelajar Univeristy Utara Malaysia. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menjemput Dr Asfarina Binti Abdul Razak sebagai tetamu jemputan.
Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta kehilangan minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Dengan wacana ini, pelbagai stigma masyarakat dapat diperbetulkan dan sesi soalan dan pertanyaan lanjut dari staf dan pelajar dapat dijawab dengan baik.