All News

PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PKUUUM-PAMERAN BAHAYA DENGGI

Telok Malek, Jitra - Pada 4 March 2023, bersamaan hari Sabtu, satu program telah diadakan bersama komuniti penduduk Telok Malek, Jitra di Masjid Al- Muhsinin, Jitra, iaitu Program Jom Sihat Bersama PKUUM. Dalam program tersebut, pameran bahaya denggi turut dilaksanakan bagi memberi maklumat mengenai denggi kepada penduduk sekitar.

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti virus tersebut. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja dan jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidup.

Dengan pameran ini, penduduk dapat mengenalpasti dengan lebih dekat nyamuk Aedes, simptom jangkitan awal dan tips pencegahan nyamuk. Selain itu, cara untuk memusnahkan tempat pembiakan AEDES di dalam dan luar rumah jugak dibincangkan. Pelbagai soalan dan pertanyaan lanjut dari penduduk dapat dijawab dengan baik sepanjang program ini berlangsung. Sambutan daripada penduduk adalah amat menggalakkan.

 

7a11e285-4865-4e50-838e-95ffabe32973.jpg