PKUUUM, 28 Februari – Seramai 40 orang staff PKUUUM terlibat dalam acara Explorace yang dianjurkan oleh Jawatankuasa 4K (Kelab, Kebajikan, Kebudayaan dan Kesukanan) yang bertempat di Universiti Utara Malaysia.
Peserta program dibahagikan kepada lima kumpulan dan dikehendaki menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan di check-point yang telah di tetapkan. Terdapat lima check-point yang telah ditetapkan dan peserta dikehendaki menyelesaikan klu yang diberikan untuk mengetahui tempat sebenar check-point tersebut.
Sepanjang program berjalan, peserta sangat teruja dan bersemangat untuk menyelesaikan tugas yang diberikan oleh pihak penganjur. Semua peserta yang terlibat dapat memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang program berlangsung. Di akhir program peserta diberikan hadiah sagu hati sempena menghargai keringat dan tenaga yang telah dicurahkan sepanjang program.
Walaupun program ini dilaksanakan secara santai, rata-rata peserta dilihat mempamerkan kerjasama yang amat baik untuk menyelesaikan tugasan dengan bersungguh-sungguh seiring dengan objektif program untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan staff PKUUUM.
Selain itu, antara objektif program lain adalah untuk merapatkan silaturrahim di kalangan staff-staff PKUUUM di samping memberikan kesedaran mengenai kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Di harapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada staff-staff PKUUUM dan sambutan terhadap program seperti ini dapat diteruskan lagi terhadap program-program yang akan datang.