A FITTER FUTURE FOR ALL
Bukit Tangga, 15 Januari- Obesiti merupakan salah satu isu kesihatan utama yang sudah lama terjadi dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenyataan Menteri Kesihatan pada Mac 2022, mengatakan bahawa lebih kurang 50% populasi dewasa di Malaysia adalah kategori obesiti.
Oleh itu, sebagai langkah pencegahan awal satu program kesedaran kepada murid-murid tahun 6, Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Tangga dilihat mampu mencegah terjadinya obesiti apabila dewasa kelak. Ceramah disampaikan oleh Pegawai Farmasi,PKUUUM, Puan Nur Safinaz Binti Mukhtar menekankan tentang apakah bahaya obesiti, kesan-kesan obesiti dan cara untuk mengatasinya.
Aktiviti-aktiviti berkaitan obesiti dan pemakaan sihat telah dilakukan untuk menilai pemahaman murid-murid tentang ceramah dan penerangan yang telah diberikan. Penglibatan yang diberikan oleh mura sangat memberangsangkan. Diharapkan semua ilmu berkaitan dengan obesiti dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid untuk mencegah obesiti dari terjadi.