All News

PROGRAM KOMUNITI BUKIT KAYU HITAM

Bukit Kayu Hitam, 14 Januari-  Kesalahan dalam pengambilan ubat merupakan salah satu faktor kenapa ubat-ubatan yang diambil tidak berkesan kepada pesakit. Penerangan yang tidak jelas akan kepentingan mengambil ubat dengan cara yang betul juga menyumbang kepada kenapa pesakit tidak menanggap bahawa pengambilan ubat memainkan peranan untuk memastikan ubat yang diambil berkesan untuk merawat sakit yang dihadapi.

Oleh itu, program Kenali Ubat Anda merupakan program yang sangat penting untuk diberikan kepada masyarakat umum. Program ini bukan sahaja menekankan kepentingan mengambil ubat dengan cara yang betul, malah menekankan isu berkaitan bilakah masa yang betul untuk mengambil ubat, cara penyimpaaan ubat dan isu-isu lain yang penting dalam memastikan ubat yang diambil dapat memberi kesam optimum kepada pesakit.

Aktiviti- aktivit mengenai ubat juga diadakan dan mendapat sambutan meriah dari pengunjug yang datang ke program. Pengunjung bukan sahaja terdiri daripada warga tua,malahan kanak-kanak juga terlibat sama dalam aktiviti yang dijalankan untuk mendapat pendedahan awal tentang pengambilan ubat yang  betul.

Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia (PKUUUM) berharap agar program Kenali Ubat Anda dapat diteruskan agar semua masyarakat dapat menikmati kesan ubat yang optimum.

 

c4d4505b 2cca 48c9 83fb 128f5b3c12d1969da897 f520 4161 ba80 08bea875882479e9295f 4bac 490a bbfe f1ecaed730184703f43c 0668 4d9d aa75 149422d32249ade30587 c487 4c07 8867 60f7b8fe6ed9