PROGRAM SEMAI BUDI
Kira-kira 200 masyarakat Kampung Pulau Timbul berkumpul di padang berhadapan masjid Kampung Pulau Timbul untuk “Program Kenali Kesihatan Diri” dan khidmat masyarakat disekitar kampung berkenaan.
Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh Doktor Adi Azhar bin Abdul Razak selaku Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, UUM serta ucapan aluan oleh JPKK Kampung Pulau Timbul iaitu Encik Azizan bin Sahhok.
Program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan menjalinkan hubungan silaturahim antara warga PKUUUM dan penduduk Kampung Pulau Timbul dalam amalan norma baharu kehidupan bersama covid 19, memberi perkhidmatan pemeriksaan dan rundingan kesihatan disamping meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan warga PKUUUM.
Pelbagai acara disediakan untuk masyarakat kampung dan warga PKUUUM antaranya ceramah kesihatan, ceramah motivasi pelajar tahun 6 dan ceramah kesihatan oral (hygine) yang disampaikan oleh Doktor Pergigian PKUUUM.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam program semai budi sebagai contoh ceramah kesihatan, ceramah motivasi pelajar tahun 6 dan ceramah kesihatan oral (hygine) yang disampaikan oleh Doktor Pergigian PKUUUM. Melalui ceramah yang disampaikan oleh Doktor itu, pelajar tahun 6 tersebut telah mendapat pelbagai input melalui perkongsian oleh Doktor. Disamping itu, ia juga mampu meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi antara kakitangan Pusat Kesihatan Universiti UUM dan masyarakat Kampung Pulau Timbul.