PROGRAM CERAMAH KESIHATAN
Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia turut mengadakan Program Ceramah Kesihatan bersama Penduduk Seberang Pumpong, Alor Setar. Ceramah tersebut disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran, PKUUUM bagi memberi pendedahan dan kesedaran kesihatan kepada warga kampung Seberang Pumpong pada 13 September 2022. Selain ceramah, pameran kesihatan juga diadakan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan berkaitan penyakit dan bahaya penyakit tanpa pencegahan dari peringkat awal. Pelbagai lapisan umur hadir mendengar ceramah tersebut. PKUUUM berharap usaha murni ini dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung dan menjalani kehidupan yang sihat selepas mendengar ceramah yang disampaikan. Sekian.