All News

PROGRAM CERAMAH KESIHATAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 

 PROGRAM CERAMAH KESIHATAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 

 

Sintok, 27 JULAI - Amalan gaya hidup sihat telah menjadi topik pilihan Pusat Kesihatan Universiti untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok yang terletak berhampiran Universiti Utara Malaysia sebagai salah satu program khidmat masyarakat anjuran pusat tanggungjawab ini. 

Lebih 500 orang pelajar tingkatan satu hingga lima berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun telah menghadiri ceramah yang disampaikan oleh En. Zuraidi bin Mokhtar, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Bahagian Kesihatan Persekitaran Pusat Kesihatan Universiti. Ceramah ini diadakan bertujuan menggalakkan amalan-amalan gaya hidup sihat di kalangan remaja dari segi pemakanan, kebersihan diri, aktiviti fizikal yang lain-lain. 

Majlis tersebut dimulai dengan aluan oleh guru kaunseling sekolah berkenaan sebelum ceramah dimulakan di dewan terbuka sekolah tersebut. Melalui program ini, pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok di dedahan dengan amalan-amalan yang meningkatkan kualiti dan kebersihan diri. Mereka juga didedahkan dengan risiko dan bahaya aktiviti-aktiviti terlarang yang sedang menular di kalangan pelajar sekolah di negara ini. Sesi soal jawab dan kuiz turut diadakan di penghujung ceramah tersebut bagi meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar yang terlibat. Melalui aktiviti yang diadakan ini, hubungan antara Pusat Kesihatan Universiti dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok dapat dieratkan dan memudahkan kedua-dua pihak untuk meneruskan kerjasama menjalankan aktiviti dan program demi kepentingan pelajar di sekolah itu di masa hadapan.