All News

 PROGRAM PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN

 PROGRAM PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN

 

Program ini bermula dengan penerangan tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi kepada kanak-kanak, dan diikuti dengan demonstrasi memberus gigi, rawatan gigi seperti mencuci dan menyapu florida pada gigi kanak-kanak. Aktiviti ini diteruskan dengan ceramah tentang kesedaran menjaga gigi oleh Doktor Firdaus binti Romli kepada pelajar. Selain itu, beliau juga memberi penekanan kepada pelajar tentang pemakanan yang sesuai untuk pertumbuhan gigi pada peringkat bayi hingga kanak-kanak. Aktiviti ini ditamatkan dengan pergerakan kreatif yang dipimpin oleh Dr. Firdaus dan jururawat pergigian untuk memupuk kemesraan antara kanak-kanak dengan pihak PKUUUM. Program ini dihadiri oleh 37 orang termasuk kakitangan PKUUUM.