All News

PROGRAM KENALI KESIHATAN DIRI

PROGRAM KENALI KESIHATAN DIRI

Seramai 46 kakitangan Pusat kesihatan Universiti, UUM dan kira-kira 250 masyarakat Kampung Pulau Timbul berkumpul di padang berhadapan masjid Kampung Pulau Timbul untuk “Program Kenali Kesihatan Diri” dan khidmat masyarakat disekitar kampung berkenaan.

Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh Doktor Adi Azhar bin Abdul Razak selaku Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, UUM serta ucapan aluan oleh JPKK Kampung Pulau Timbul iaitu Encik Azizan bin Sahhok.

Program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan menjalinkan hubungan silaturahim antara warga PKUUUM dan penduduk Kampung Pulau Timbul dalam amalan norma baharu kehidupan bersama covid 19, memberi perkhidmatan pemeriksaan dan rundingan kesihatan disamping meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan warga PKUUUM.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk penduduk kampung dan warga PKUUUM seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah, pertandingan bola sepak dengan memakai kain batik, pertandingan memancing dan yang paling dinantikan adalah cabutan bertuah.

 

Kakitangan Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia telah bekerjasama dalam pelbagai aspek bagi melancarkan program pada hari tersebut. Program ini telah mendapat sambutan oleh penduduk Kampung 

Pulau Timbul. Selain itu, program seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satusama lain. Penduduk kampung juga mendapat pelbagai pendedah mengenai tahap kesihatan diri

melalui ceramah kesihatan yang telah dilaksanakan oleh Pihak Kesihatan Universiti Utara Malaysia. Disamping itu, melalui program ini juga masyarakat dapat meningkatkan tahap kesedaran mereka tentang

ubat-ubatan dan penyakit yang dialami oleh seseorang individu.