All News

Karnival Jalinan Kasih, Kita Sihat Bersama- Pameran Dan Pemeriksaan Pergigian

PAMERAN DAN PEMERIKSAAN PERGIGIAN

DI MASJID AL-MUHAJIRIN, BUKIT KAYU HITAM, KEDAH

 

BUKIT KAYU HITAM, 15 Oktober – Di Malaysia, klinik pergigian yang telah wujud selama lebih setengah abad sudah sinonim dalam memenuhi jangkaan pesakit yang memerlukan rawatan dan rehabilitasi masalah kesihatan pergigian yang dihadapi oleh mereka.

Laporan National Oral Health Survey of Adults 2010 (NOHSA 2010) menunjukkan lebih 90% rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan mulut, dan sekaligus membuktikan bahawa rawatan pergigian sahaja masih tidak mencukup untuk menyelesaikan masalah pergigian rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, program pencegahan dan promosi kesihatan pergigian harus dipertingkatkan. Dengan menggabungkan unsur rawatan pencegahan dan promosi dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian, ini akan dapat memperkasakan masyarakat dalam menjaga kesihatan pergigian melalui amalan gaya hidup sihat.

Unit Pergigian, Pusat Kesihatan Universiti turut sama mendokong tanggungjawab ini dengan turut melibatkan diri dalam Program Karnival Jalinan Kasih, Kita Sihat Bersama bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Bukit Kayu Hitam. Penganjuran program ini adalah kerjasama antara Ahli Jawatankuasa Latihan dan CME, Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia dan Klinik Kesihatan Laka Temin.

Pelbagai bahan-bahan promosi kesihatan pergigian telah dipamerkan di booth pameran pergigian. Di samping itu, sesi pemeriksaan pergigian secara percuma juga dijalankan bagi mengenalpasti masalah kesihatan pergigian masyarakat setempat. Sesi konsultasi pergigian turut diberikan oleh Pegawai Pergigian sebagai maklumat lanjut tentang masalah kesihatan pergigian pesakit dan seterusnya rawatan pergigian yang diperlukan oleh pesakit. Aktiviti di booth kesihatan pergigian mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat sepanjang karnival berlangsung.

Semoga aktiviti promosi, pemeriksaan pergigian dan maklumat penjagaan kesihatan pergigian yang telah diberikan dapat dijadikan panduan kepada masyarakat setempat dalam penjagaan kesihatan pergigian mereka seharian dan mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian serta seterusnya dapat mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan pergigian masyarakat setempat dan ahli keluarga mereka pada tahap yang optimum.

Picture8

Picture6

Picture7POSTER PERGIGIAN PROGRAM KESIHATAN BUKIT KAYU HITAMPicture1