All News

Karnival Jalinan Kasih, Kita Sihat Bersama- Saringan Kesihatan

Saringan Kesihatan

 

Bukit Kayu Hitam, 15 Oktober -Kesedaran mengenai pentingnya saringan kesihatan masih lagi rendah dalam kalangan masyarakat sejagat.  Antara puncanya adalah sifat malu dan kecenderungan mendapatkan rawatan hanya ketika sakit serta kurangnya ilmu pengetahuan mengenai penyakit yang dihidapi. Penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolestrol dapat dicegah dengan pengesanan pada peringkat awal melalui saringan kesihatan.

Oleh itu Pusat Kesihatan Universiti dengan kerjasama daripada Klinik Kesihatan Laka Temin menganjurkan Karnival Jalinan Kasih sebagai inisiatif untuk menyaring masyarakat dan memberikan khidmat nasihat mengenai kesihatan mereka. Inisiatif ini diharap dapat mengesan penyakit pada peringkat awal dan rawatan dapat diberikan pada peringkat awal seterusnya menurunkan beban komplikasi penyakit-penyakit tersebut.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuklah pameran kesihatan, saringan kesihatan, pertandingan memasak, pertandingan sukaneka, pertandingan bayi sihat dan sebagainya. Penglibatan dari pelbagai pihak termasuklah Panel Penasihat Klinik Kesihatan Laka Temin, Masjib Al-Muhajirin Bukit Kayu Hitam, Lembaga Zakat Negeri Kedah, E-Idaman dan sebagainya memeriahkan lagi program pada hari tersebut.

Sambutan daripada penduduk sekitar adalah sangat menggalakkan dan diharapkan program sebegini dapat diadakan selalu agar dapat memberi kesedaran dan maklumat mengenai kesihatan dan rawatan kepada penyakit-penyakit tidak berjangkit kepada orang awam kelak.

 

Poster Medical Check up

 

6a48cc91 8d97 4974 a05b 5547ae423ec18b91a1ac 229c 4a40 afb7 0551fe7e15ff435c6e94 94a7 4170 88f4 b8e28533809e

ce9e907c ec2a 4e2b b87d 44bcbeaf6628