All News

Karnival Jalinan Kasih, Kita Sihat Bersama-Pameran Kenali Ubat Anda

Kenali Ubat Anda

 

Bukit Kayu Hitam, 16 Oktober– Kenali Ubat Anda merupakan program kebangsaan di bawah Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.Kenali Ubat Anda dijalankan untuk menyokong komponen keempat Dasar Ubat Nasional (DUNas) iaitu penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Penggunaan ubat secara berkualiti merupakan perkara penting yang mampu membantu pesakit untuk mendapatkan rawatan yang optimum di samping mengelakkan kesan sampingan yang lebih serius.

Oleh itu, Unit Farmasi Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama menyertai program komuniti yang diadakan oleh Klinik Kesihatan Laka Temin iaitu Karnival Jalinan Kasih, Kita Sihat Bersama untuk mendekati penduduk setempat mengenai penggunaan ubat secara berkualiti.

Sebuah booth Kenali Ubat Anda telah dibuka dan menerima kunjungan yang ramai dari penduduk setempat. Penerangan dan pelbagai aktiviti seperti crossword, mix and match, kuiz berkisar tentang penggunaan ubat yang berkualiti dan selamat diadakan. Risalah mengenai penggunaan ubat yang berkualiti juga diedarkan kepada penduduk setempat sebagai bacaan untuk dibawa pulang.

 

 

Poster Kenali Ubat Anda

 

 

3d8a3fda eeda 4459 a9b3 1c2bcc3697f7

 

7cb0b4f2 abae 45ec 8f67 df840163031c6a3f194d 1e92 4e48 a092 871abcc46aeb9602b84f 1ff7 4659 a7a7 00dd8de078bcd4a47cd3 48c9 4237 9675 f19c326f8379