All News

Mobile Quit Smoking Clinic Siri 2

Mobile Quit Smoking Clinic Siri 2

 

Bukit Kayu Hitam, 06 Oktober -Menurut World Health Organization (WHO),pengambilan tembakau merupakan salah satu ancaman kesihatan awam terbesar yang pernah dihadapi dunia dengan statistik menunjukkan tabiat itu membunuh lebih daripada lapan juta penduduk dunia saban tahun dan semakin meningkat. Di Malaysia, kata Dr Arifin, terdapat kira-kira 4.8 juta perokok dan dianggarkan lebih daripada 27,200 kematian rakyat Malaysia setiap tahun berkaitan dengan merokok.  Oleh itu Pusat Kesihatan Universiti bersama-sama Klinik Kesihatan Laka Temin telah memilih untuk mengadakan khidmat masyarakat tentang perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok.

Klinik berhenti merokok ini bukan sahaja tertumpu kepada rawatan merokok melibatkan rokok konvensional, malahan melibatkan rokok daun dan rokok elektronik yang semakin berleluasa di Malaysia. Kebanyakkan mereka yang mempunyai niat untuk berhenti merokok selalunya akan bertukar kepada rokok daun atau rokok elektronik sebagai salah satu cara uec4b3985 e650 4b11 aafe 8e407bf21a3bntuk mengurang bilangan batang rokok konvensional yang dihisap setiap hari. Cara ini didapati berkesan kerana mereka mampu menguranglan ketagihan rokok konvensional yang telah dihisap bertahun-tahun.

Pemeriksaan kesihatan turut dilakukan kepada semua yang terlibat sebagai langkah untuk memastikan sama ada mereka mempunyai penyakit kronik atau tidak. Rawatan susulan diberikan sesuai dengan keadaan peserta. Semasa program dijalankan terdapat 3 orang peserta yang berjaya bebas daripada ketagihan merokok. Mereka diberi tepukan gemuruh sebagai ucapan tahniah dari seluruh pasukan dan peserta di sana. Kita harapkan lagi ramai yang akan mengikut jejak langkah ke arah bebas merokok kerana kebaikan yang akan dicapai bukan sahaja kepada individu malahan ahli keluarga dan orang-orang disekitarnya.

 

6cf7265d 09e8 4f2a 8564 841a36a1b4de5f247537 83d4 488e 82fe a7a65fbb4f2d83df6717 b9a0 4481 bd35 77c22b0e8af4274d87f3 627d 40d8 a3e9 32929502e689 1