All News

Kesihatan Mental Remaja

Kesihatan Mental Remaja 

Jitra, 30 September -Seramai 424,000 kanak-kanak di negara ini dianggarkan bergelut dengan masalah kesihatan mental. Anggaran itu berdasarkan statistik tinjauan kesihatan dan morbiditi Malaysia pada 2019, yang menggambarkan isu kesihatan mental dalam kalangan golongan itu di negara ini sebagai satu epidemik.  Oleh itu Pusat Kesihatan Universiti bersama-sama Unit Kaunseling, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu  telah memilih untuk mengadakan khidmat masyarakat tentang kesihatan mental di Asrama Akhlak (P) Jitra.

Program  ini telah diketua oleh Pn. Dinah Bt. Johary selaku Pegawai Kaunseling. Beliau memberi penerangan mengenai apakah itu kesihatan mental, ciri-ciri mental yang tertekan, cara mengatasi dan kepentingan untuk sayang diri sendiri. Para peserta juga diberi bola getah sebagai satu medium sihat untuk melepaskan tekanan yang mereka alami.

Aktivit-aktiviti fizikal seperti menyanyi, melukis dan mewarna dilakukan sebagai cara untuk mengatasi dan membantu peserta yang mempunyai masalah tekanan mental. Program berjalan lancar dengan penglibatan peserta yang sangat aktif dan hasil yang memberangsangkan.

 

Poster Kesihatan Mental Remajak5k3

 

k2k4