CERAMAH PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN DAN DEMONSTRASI LATIHAN MEMBERUS GIGI
DI ASRAMA AKHLAK (P), JITRA, KEDAH
JITRA, 30 September – Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Perkhidmatan Pergigian Outreach pada tahun 2020 dalam usaha bagi memastikan tahap kesihatan pergigian rakyat Malaysia berada pada tahap optimum. Pusat Kesihatan Universiti turut sama mendokong tanggungjawab ini dengan menganjurkan Program Kesihatan Bersama Asrama Akhlak (P) Jitra, Kedah. Penganjuran program ini adalah kerjasama antara Ahli Jawatankuasa Latihan dan CME Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia, Unit Kaunseling PKD Kubang Pasu dan Unit Farmasi PKD Kubang Pasu.
Sesi ceramah dan demonstrasi Latihan Memberus Gigi (LMG) dijalankan secara interaktif telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Seramai 28 peserta yang terdiri daripada penghuni asrama akhlak ini diberikan maklumat asas berkaitan penjagaan kesihatan pergigian serta demonstrasi Latihan Memberus Gigi (LMG).
Semoga maklumat penjagaan kesihatan pergigian dan demonstrasi Latihan Memberus Gigi (LMG) yang telah diberikan dapat dijadikan panduan kepada para peserta dalam penjagaan kesihatan pergigian mereka seharian dan mewujudkan kesedaran di kalangan peserta tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian serta seterusnya dapat mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan pergigian peserta pada tahap yang optimum.