Breast Cancer Awareness
Asrama Akhlak (P), Jitra , 30 September – Malu anggota badan disentuh dan kecenderungan mendapatkan rawatan hanya ketika sakit dikenal pasti antara punca kesedaran untuk membuat saringan kesihatan masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang enggan melakukan ujian saringan terutama membabitkan kanser prostat dan payudara kerana pemeriksaan berkenaan memerlukan sentuhan di bahagian anggota badan tertentu.
Oleh itu, bersempena dengan bulan Breast Cancer Awareness, Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia (PKU UUM), berganding bahu dengan ahli Pusat Jagaan Asrama Akhlak (P), Jitra telah mengadakan program mengenai kesedaran kanser payudara. Ceramah mengenai kanser payudara disampaikan oleh Pn. Nur Safinaz Binti Mukhtar, Pegawai Farmasu PKUUM. Pemeriksaan kesihatan juga diadakan dengan bertanyakan mengenai sejarah penyakit keturunan, mengambil kira bacaan tekanan darah, kolesterol dan gula. Ujian kesihatan mental jugak dititikkberatkan dan ujian pemeriksaan payudara diadakan bagi pesakit yang bersimptom.
Seramai 30 org peserta wanita terlibat dalam aktiviti ini, dan konsultasi diberikan secara individu. Pesakit yang dikenalpasti mempunyai masalah kesihatan, telah diberikan rawatan sewajarnya dan dirujuk untuk pemeriksaan lanjut.