Penang, 26 September - Seramai lebih kurang 50 orang staff Pusat Kesihatan UUM yang terdiri daripada pasukan pelbagai disiplin telah menyertai lawatan kerja penandaarasan perkhidmatan kesihatan ke Pusat Sejahtera USM dan Pusat Perubatan USM Bertam.
Ketua delegasi PKUUUM, Dr. Firdaus Romli mewakili Pengarah PKUUUM dan rombongan telah disambut mesra oleh Dr. Norzaliyanti sebagai wakil Pengarah dan pasukan Pusat Sejahtera,USM. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Norzaliyanti dan penerangan lengkap beserta video mengenai sejarah,perkhidmatan dan servis baru yang diberikan oleh Pusat Sejahtera USM. Kemudian, diteruskan dengan sesi soal jawab yang disertai oleh Pengarah Pusat Sejahtera, Dr Normala Abdul Wahid. Lawatan ke unit-unit perkhidmatan kesihatan di sana memberi inspirasi dan idea kepada kami untuk menambahbaik perkhidmatan di PKUUUM.
Lawatan penandaaras diteruskan di Pusat Perubatan USM Bertam, delegasi PKUUUM diraikan oleh Timbalan Pengarah, Dr. Noor Khairiah A. Karim dan tim dengan persembahan video mengenai servis-servis yang ditawarkan kepada masyarakat di sana. Lebih teruja apabila delegasi melawat ke unit-unit yang mempunyai peralatan mesin diagnosis yang canggih di sana. Tidak ketinggalan juga satu sesi taklimat pensijilan 5S MPC turut disampaikan oleh Ketua Pengurusan Kualiti, Mejar Md Hisham Abd Razak sebagai badan rujuk pembudayaan 5S MPC yang berwawasan.
PKUUUM berharap objektif lawatan kerja penandaarasan perkhidmatan kesihatan kali ini memberi inspirasi dan ilmu baharu kepada PKUUUM untuk dipraktikan dengan sebaik mungkin.
Sekian.